Sepasang Cinta

4
2:13 PM

Awal pagi, hujan malam masih tersisa.
Jalan basah, dinding bangunan masih dilitupi kelembapan, udara dingin.
Seperti biasa, telah terjanji menjadi rutin harian.
Sepasang Cinta itu berpimpin tangan.
Perlahan membuka langkah, seiringan.
Namun tersekat-sekat dek halangan kudrat usia.

Continue reading →

4 nasihat berguna:

Bual Kopi

6
10:02 PM
Waktu, lebih kurang jam 10:00 pagi.
Ahad, 2 Disember 2018.
Pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan. Di barisan belakang deretan kedai-kedai sebelah kiri jalan besar Kuala Pilah - Karak.

Rupanya tersorok kopi yang boleh buatkan aku bersembang selama lebih sejam. Dihirup sedikit demi sedikit. Tak terlalu pekat atau terlalu ringan rasanya.

Nyaman suasana yang diselubungi cuaca mendung pagi tu.

Assalamu 'alaikum.



Ohye, "terserempak" kolam pancing semasa dalam perjalanan ke Seri Menanti melalui jalan belakang dari Senaling. Hmm...

6 nasihat berguna:

Enough, Enough

0
4:04 PM

It wasn't the time to mourn for past mistakes
I knew it will come, can't forget
They will say pity the living
Not the dead they will haunt

Can't escape, can't escape
At times it'll be hard enough
My inner will break and stop
The end is near, yet so far

I hope you guys, stay by my side
Deserve or not, put that aside
tainted, scarred, we need the light
It will never be the same

Enough, enough
Through this dying moment I need my friends
Through this dying time straight ahead
I will be alright

Sing along, say it loud
And we will be alright

Living hell, heavenly smiles
Torn wings, fading out
Lying dreams, my falling hopes
Grab 'em all, bring them to my hopes

Enough, Enough
Sekumpulan Orang Gila

0 nasihat berguna:

Hasil Jugra

2
5:36 PM
Bos takde...
Berapa hari?
Tiga hari...
So?
Jom...
Mana?
Jugra...
Bila?
Lepas makan...
Ok, nanti roger.
Cun!

Ngam-ngam pukul 2:30 petang, kami bertiga secara senyap-senyap menyelinap keluar melalui lif utama, turun ke lobi hadapan dan memasuki kereta yang telah sedia menanti di tepi jalan besar. Tiba di lokasi sasaran lebih kurang 30 minit kemudiannya.

Continue reading →

2 nasihat berguna:

Port Baru

0
5:07 PM
Assalamu 'alaikum.

Post ini aku naikkan semata-mata nak bagitau yang aku dah jumpa satu port baru, tanpa sengaja sewaktu nak usha jalan alternatif balik kerja yang boleh mengelak daripada membayar tol. Laluan tanpa tol selama ni kalau waktu petang, memang ya ampun dia punya melekat kat traffic light. Aku rasa boleh order pizza makaroni la.

Tak pasti ikan apa yang tarik umpan roti campur perisa pandan aku. Kalau tak talapia, abis hebat pun mungkin lampam la kot.

Continue reading →

0 nasihat berguna:

Kemarau Tamat

8
4:01 PM


Ketiadaan masa, sibuk dengan komitmen kerja dan keluarga... Langsung membuatkan aku ketepikan seketika aktiviti mengail sebelum ini. Dan akhirnya, kemarau hasil telah pun tamat.

Tak jauh pun, cuma berjarak lebih kurang 20 minit dari rumah. Dengan bersenjatakan set joran dan mesin pertama yang aku beli 12 tahun dulu. Cuma tali je yang berganti baru, gara-gara kehilangan soft bait pada dua minggu sebelumnya.

Syukran...

8 nasihat berguna:

Kisah Troli dan Babi

8
9:25 AM

Customer datang. 
Beli barang. 
Mintak guna troli. 
Staff bagi. 
Habis beli. 
Customer balik. 
Kedai nak tutup. 
Troli hilang. 
Staff jumpa. 
Tepi jalan besar. 
Jauh. 
Staff maki. Babi, babi... 
Staff kedua sama maki. Babi, babi, babi, babi...
Kesian doh. 
Kalau selalu. 
Jadi macam tu. 
Staff bukan hamba. 
Patut pun maki. 
Gambar sebenar. 
Lokasi sebenar.
27 Julai, waktu malam...

8 nasihat berguna:

Dark Necessities

2
1:24 AM

"You don't know my mind,
You don't know my kind,
Dark necessities are part of my design,
Tell the world that I'm falling from the sky,
Dark necessities are part of my design..."

Dark Necessities,
Red Hot Chili Peppers.

Terkini, satu lagu yang aku tengah layan guna listenonrepeat.com dari pagi sampai ke petang. Memang superb Flea punya slapping style masa intro tu. Paling asyuk kalau aku dengar lagu ni dalam version acoustic masa sesi charity Silverlake Conversatory.

Apa lagi, try la dengar. Tak rugi. Biasa la aku sebagai rakyat kebanyakan ni suka kongsi bahan-bahan terbaik untuk kalian.

Sekian...

*Lama tak bersiaran.

**Empat minggu berturut-turut aku jadi tetamu undangan resepsi majlis perkahwinan. Rejeki. Terima kasih kepada yang menjemput dan jugak yang ajak join walau pun aku tak kenal pun pengantin. Kah!

2 nasihat berguna:

Sejarah

6
6:06 PM

Kadang-kadang agak sukar jugak nak buat pilihan, tapi lebih sukar lagi nak terima kenyataan apabila pilihan yang kita yakini betul tu sebenarnya adalah silap sama sekali. Tambahan, kesilapan itu kita tak pernah sedari selama bertahun. Dan kita jalanilah kehidupan itu dengan kepura-puraan tanpa sedar.

Continue reading →

6 nasihat berguna:

Keratan Bidadari

8
2:12 AM

"Kami menatap keindahan istana yang dikelilingi oleh satu kawasan yang ditanam dengan bunga-bunga berwarna ungu dan merah saga. Indah. Memikat. Seperti daya tarikan yang ada pada Lucy.

Continue reading →

8 nasihat berguna:

Hamba Perut

15
12:49 AM
"Kalau pergi sekarang memang ok sangat ni, tak payah beratur panjang...." Aku tak pasti cadangan Ogy tu patut aku turut atau pun abaikan je. Memandangkan aku ni bukan jenis yang suka bersesak-sesak semata-mata untuk memuaskan nafsu makan.

Waktu tu pun kami baru je selesai makan di Medan Selera Larkin Bomba... Ala, yang ada kedai makan Kacang Pool Haji yang famous tu. Tapi keadaan kat situ pagi tu takde la sesak sangat dengan umat manusia. Mungkin sebab rakyat Johor Bahru dah ada banyak pilihan lain lagi.

Mula memasuki lebuhraya dari Kempas menuju ke utara, siaran radio beberapa kali menunjukkan petanda kurang menyenangkan. Trafik sesak bermula dari Simpang Renggam ke Machap, dan kemudiannya beberapa tempat lagi hingga ke ibu kota.

Hati tak keruan. Terus aku keluar semula menggunakan jalan lama dari Kulai sehingga ke Yong Peng. Sebelum tiba di Air Hitam pun, keadaan trafik dibayangkan semakin teruk. Tak boleh jadi, elok aku teruskan je gunakan jalan lama sampai ke Muar, Melaka (sepanjang AMJ) sehingga ke Alor Gajah seterusnya ke Tampin. Abaikan fasiliti kelas pertama yang kerajaan sediakan iaitu Lebuhraya Utara Selatan tu. Aku lebih senang gunakan jalan lama yang perlahan bersimpang-siur ni berbanding tersangkut atas lebuh raya berjam-jam lamanya.

Beberapa kilometer melepasi simpang empat Air Hitam ke arah pekan Yong Peng, itu dia... Bala dah kelihatan...
Continue reading →

15 nasihat berguna:

Tampal

10
5:28 PM
"Astaghfirullah..., berani betul dia panjat tinggi macam gitu..."

Aku yang sedang berdiri 10 kaki dari aras lantai, dengan memijak di atas kayu alang penahan tangki tiba-tiba rasa seram. Entah kenapa sedangkan ini bukan kali pertama aku buat kerja-kerja memanjat ni. Boleh dikatakan semua kerja-kerja plumbing sama ada di luar atau di bahagian atas siling, aku yang selesaikan sendiri.

Hmm, mungkin sebab suara itu adalah milik mak aku, jadi teguran dia tu mempunyai semacam satu kuasa yang memberikan aku amaran agar lebih berhati-hati.

Mulus tak jari aku?

10 nasihat berguna:

Dongeng Panda

6
11:55 PM
Menurut sebuah dongeng dari negara Tibet, seluruh badan Giant Panda asalnya berwarna putih. Mereka gemar bermain dengan seorang gadis gembala yang baik hati dan amat disayangi ramai.

Pada suatu hari, seekor harimau telah menyerang seekor anak Giant Panda yang merayau jauh dari ibunya. Mendengar jeritan si kecil, gadis gembala cuba menyelamatkan kawannya itu.

Anak Giant Panda berjaya melarikan diri, tetapi malangnya, si gadis gembala terkorban.

Semua Giant Panda telah mengadakan sebuah upacara pengebumian untuknya. Mengikut adat tempatan, abu hitam disapu pada tangan mereka sebagai tanda kesedihan sambil menangis dan memeluk satu sama lain, abu hitam itu turut melekat pada bulu di bahagian-bahagian lain tubuh mereka.

Semenjak peristiwa itu, bulu pada mata, telinga serta kaki Giant Panda berwarna hitam.

-sumber, Zoo Negara


6 nasihat berguna:

Sepetang Di Beluran...

6
2:05 AM
...atau lebih tepat lagi iaitu Kampung Kolapak, Beluran.

Urusan kerja di Sandakan minggu lalu yang kemudiannya aku tak lepaskan peluang untuk membuat sedikit lencongan ke Beluran. Tempat yang rasanya dah lama jugak aku tak pergi. Dulu pergi pun atas urusan kerja jugak.

Di sini, ada seorang "bro" yang dah menetap selama hampir 10 tahun selepas berkahwin dengan orang tempatan. "Bro" ni adalah seorang bekas welder dasar laut, berasal dari Negeri Sembilan. Dan sekarang rilek-rilek je jadi nelayan di perkampungan Bajau Laut ni.

Kerja utama dia tiap-tiap hari adalah menyelam untuk mencari tiram.

Tenang bukan?

Nah, aku belanja suasana perkampungan Bajau Laut ni, boleh tahan cantik pada pandangan aku.


Continue reading →

6 nasihat berguna: