Sepetang Di Beluran...

6
2:05 AM
...atau lebih tepat lagi iaitu Kampung Kolapak, Beluran.

Urusan kerja di Sandakan minggu lalu yang kemudiannya aku tak lepaskan peluang untuk membuat sedikit lencongan ke Beluran. Tempat yang rasanya dah lama jugak aku tak pergi. Dulu pergi pun atas urusan kerja jugak.

Di sini, ada seorang "bro" yang dah menetap selama hampir 10 tahun selepas berkahwin dengan orang tempatan. "Bro" ni adalah seorang bekas welder dasar laut, berasal dari Negeri Sembilan. Dan sekarang rilek-rilek je jadi nelayan di perkampungan Bajau Laut ni.

Kerja utama dia tiap-tiap hari adalah menyelam untuk mencari tiram.

Tenang bukan?

Nah, aku belanja suasana perkampungan Bajau Laut ni, boleh tahan cantik pada pandangan aku.


Continue reading →

6 nasihat berguna: