Hamba Perut

15
12:49 AM
"Kalau pergi sekarang memang ok sangat ni, tak payah beratur panjang...." Aku tak pasti cadangan Ogy tu patut aku turut atau pun abaikan je. Memandangkan aku ni bukan jenis yang suka bersesak-sesak semata-mata untuk memuaskan nafsu makan.

Waktu tu pun kami baru je selesai makan di Medan Selera Larkin Bomba... Ala, yang ada kedai makan Kacang Pool Haji yang famous tu. Tapi keadaan kat situ pagi tu takde la sesak sangat dengan umat manusia. Mungkin sebab rakyat Johor Bahru dah ada banyak pilihan lain lagi.

Mula memasuki lebuhraya dari Kempas menuju ke utara, siaran radio beberapa kali menunjukkan petanda kurang menyenangkan. Trafik sesak bermula dari Simpang Renggam ke Machap, dan kemudiannya beberapa tempat lagi hingga ke ibu kota.

Hati tak keruan. Terus aku keluar semula menggunakan jalan lama dari Kulai sehingga ke Yong Peng. Sebelum tiba di Air Hitam pun, keadaan trafik dibayangkan semakin teruk. Tak boleh jadi, elok aku teruskan je gunakan jalan lama sampai ke Muar, Melaka (sepanjang AMJ) sehingga ke Alor Gajah seterusnya ke Tampin. Abaikan fasiliti kelas pertama yang kerajaan sediakan iaitu Lebuhraya Utara Selatan tu. Aku lebih senang gunakan jalan lama yang perlahan bersimpang-siur ni berbanding tersangkut atas lebuh raya berjam-jam lamanya.

Beberapa kilometer melepasi simpang empat Air Hitam ke arah pekan Yong Peng, itu dia... Bala dah kelihatan...
Continue reading →

15 nasihat berguna:

Tampal

10
5:28 PM
"Astaghfirullah..., berani betul dia panjat tinggi macam gitu..."

Aku yang sedang berdiri 10 kaki dari aras lantai, dengan memijak di atas kayu alang penahan tangki tiba-tiba rasa seram. Entah kenapa sedangkan ini bukan kali pertama aku buat kerja-kerja memanjat ni. Boleh dikatakan semua kerja-kerja plumbing sama ada di luar atau di bahagian atas siling, aku yang selesaikan sendiri.

Hmm, mungkin sebab suara itu adalah milik mak aku, jadi teguran dia tu mempunyai semacam satu kuasa yang memberikan aku amaran agar lebih berhati-hati.

Mulus tak jari aku?

10 nasihat berguna:

Dongeng Panda

6
11:55 PM
Menurut sebuah dongeng dari negara Tibet, seluruh badan Giant Panda asalnya berwarna putih. Mereka gemar bermain dengan seorang gadis gembala yang baik hati dan amat disayangi ramai.

Pada suatu hari, seekor harimau telah menyerang seekor anak Giant Panda yang merayau jauh dari ibunya. Mendengar jeritan si kecil, gadis gembala cuba menyelamatkan kawannya itu.

Anak Giant Panda berjaya melarikan diri, tetapi malangnya, si gadis gembala terkorban.

Semua Giant Panda telah mengadakan sebuah upacara pengebumian untuknya. Mengikut adat tempatan, abu hitam disapu pada tangan mereka sebagai tanda kesedihan sambil menangis dan memeluk satu sama lain, abu hitam itu turut melekat pada bulu di bahagian-bahagian lain tubuh mereka.

Semenjak peristiwa itu, bulu pada mata, telinga serta kaki Giant Panda berwarna hitam.

-sumber, Zoo Negara


6 nasihat berguna: