Dongeng Panda

6
11:55 PM
Menurut sebuah dongeng dari negara Tibet, seluruh badan Giant Panda asalnya berwarna putih. Mereka gemar bermain dengan seorang gadis gembala yang baik hati dan amat disayangi ramai.

Pada suatu hari, seekor harimau telah menyerang seekor anak Giant Panda yang merayau jauh dari ibunya. Mendengar jeritan si kecil, gadis gembala cuba menyelamatkan kawannya itu.

Anak Giant Panda berjaya melarikan diri, tetapi malangnya, si gadis gembala terkorban.

Semua Giant Panda telah mengadakan sebuah upacara pengebumian untuknya. Mengikut adat tempatan, abu hitam disapu pada tangan mereka sebagai tanda kesedihan sambil menangis dan memeluk satu sama lain, abu hitam itu turut melekat pada bulu di bahagian-bahagian lain tubuh mereka.

Semenjak peristiwa itu, bulu pada mata, telinga serta kaki Giant Panda berwarna hitam.

-sumber, Zoo Negara


About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. serius la??

    maknanya kucen yg mcm panda kaler dia mst mengalami peristiwa seakan-akan.

    mungkin lembu pun...

    hekhek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur tak serius. Kalau betul, terpaksa la kita pun kena terima kisah macamana ulat bulu dapat bisa dan lain2. 😅

      Delete
  2. Kenapa kisah panda dlm blog ni. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab aku baru pergi sana minggu lepas, tiket boleh tahan kejung. kalau minggu ni mesti free sebab birthday aku... eh?

      Delete
    2. Berapa hb?
      Aku pun dah lupa😅
      Macik ingat 14okt je..

      Delete
    3. Aku sambut birthday setiap bulan, kah...

      Delete