Hamba Perut

15
12:49 AM
"Kalau pergi sekarang memang ok sangat ni, tak payah beratur panjang...." Aku tak pasti cadangan Ogy tu patut aku turut atau pun abaikan je. Memandangkan aku ni bukan jenis yang suka bersesak-sesak semata-mata untuk memuaskan nafsu makan.

Waktu tu pun kami baru je selesai makan di Medan Selera Larkin Bomba... Ala, yang ada kedai makan Kacang Pool Haji yang famous tu. Tapi keadaan kat situ pagi tu takde la sesak sangat dengan umat manusia. Mungkin sebab rakyat Johor Bahru dah ada banyak pilihan lain lagi.

Mula memasuki lebuhraya dari Kempas menuju ke utara, siaran radio beberapa kali menunjukkan petanda kurang menyenangkan. Trafik sesak bermula dari Simpang Renggam ke Machap, dan kemudiannya beberapa tempat lagi hingga ke ibu kota.

Hati tak keruan. Terus aku keluar semula menggunakan jalan lama dari Kulai sehingga ke Yong Peng. Sebelum tiba di Air Hitam pun, keadaan trafik dibayangkan semakin teruk. Tak boleh jadi, elok aku teruskan je gunakan jalan lama sampai ke Muar, Melaka (sepanjang AMJ) sehingga ke Alor Gajah seterusnya ke Tampin. Abaikan fasiliti kelas pertama yang kerajaan sediakan iaitu Lebuhraya Utara Selatan tu. Aku lebih senang gunakan jalan lama yang perlahan bersimpang-siur ni berbanding tersangkut atas lebuh raya berjam-jam lamanya.

Beberapa kilometer melepasi simpang empat Air Hitam ke arah pekan Yong Peng, itu dia... Bala dah kelihatan...



Aku sebenarnya tak berapa faham dengan sebahagian daripada kita ni. Mungkin pada mereka, berbaloi kesusahan yang ditempuhi sepanjang jalan semata-mata hidangan tengahari yang banyak ditularkan tu. Jalan sesak, jarak yang jauh, cuaca panas ditambah pulak terpaksa parking kereta jauh membuatkan mereka terpaksa menapak sampai berpeluh celah leher.

Itu belum lagi dikira terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan makanan, dan jugak menunggu dan mengintai meja yang sentiasa penuh.

Apa pun, aku ucapkan tahniah atas cabaran yang memang mereka pilih. Mungkin itulah yang dikatakan kepuasan oleh "food hunter" ni.


Kalau aku? Tidak...

Aku takkan korban banyak perkara semata-mata nak puaskan perut. Sekali makan yang cuma mengenyangkan untuk beberapa jam, tapi aku terpaksa korban masa, tenaga dan juga kemungkinan besar kesabaran.


See? Nampak tu? Clear je laluan ni sebaik je melepasi Kari Kambing 40 Hari tu...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

15 comments:

  1. Food hunter ni mcm pemancing klah juga la kut...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, yang penting kepuasan tu. siapa cukup cekal/tegar boleh la dapat hasil.

      Delete
  2. aku pun jenis tak tabah bila tengok orang ramai2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah berniat nak datang dan tau makanan tu sedap, aku sanggup patah balik bila tengok umat manusia macam ni punya ramai.

      Delete
  3. kalau aku waktu bujang dulu mungkin ya.

    tapi dh kawen ni dah terbiasa tidak la.

    selalunya nak sedap makan kat rumah.

    bak kata kau, ada org tak tabah nak stay tmpt ramai orang iaitu laki aku.

    aku pun sama ja....

    huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang, kita semua ada cara berbeza nak dapatkan kepuasan. tapi pada aku, tetap TIDAK.

      Delete
    2. tau takpe.

      mungkin aku ni sejak kawen biasa dah makan apa yg ada.

      tkde la terfikir nak bersesak sebab makanan.

      Delete
    3. Aku bab makan kurang cerewet...

      Delete
  4. hahaha
    saya ada seorang kawan yg food hunter
    sanggup drive sejam dua jam sebab nak pergi tempat viral
    macam saya suka makan juga tapi setakat nih belum segigih tu lah nak kejar semua makanan viral
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanggup ambik risiko. dah bersusah payah datang, sekali rasa tak sesedap mana. tapi kalau sedap, mungkin berbaloi pada dia.

      Delete
  5. ikut jugak, kalau betul2 sedap mmg berbaloi susah payah cari makan.. kalau stakat org ramai sebab viral je... baik x payah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni pernah ikut orang layankan, tapi tak berbaloi sebab viral je.

      Delete
    2. Betul kebykkan sbb viral ja..

      Delete
  6. Akan pergi try bila da x jd tumpuan da. Nk pi beratoq tu rasa mls... Biasa lalu kat tmpt2 port viral ni mesti akan mengata org yg sgop beratur tu. Tp kesian gak la byk halangan dgn parking,beratur,cari meja belum lagi org selfie bergmbr di setiap sudut hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak boleh tapi kena set masa. kat sini bukan viral bermusim yang sekejap, sejak dulu lagi dah penuh. kalau nak cuba kena sampai awal.

      Delete