Keratan Bidadari

8
2:12 AM

"Kami menatap keindahan istana yang dikelilingi oleh satu kawasan yang ditanam dengan bunga-bunga berwarna ungu dan merah saga. Indah. Memikat. Seperti daya tarikan yang ada pada Lucy.

Untuk seketika aku tidak dapat berkata-kata setelah mendengar fikiran yang cukup berbisa dari seulas bibir yang begitu halus dan lembut. Kelihatan amat mustahil untuk terbit dari suatu wajah yang kelihatan bersih, jernih dan suci."

-Saroja Theavy Balakrishnan

Perbualan ringkas antara aku dengan dia yang terkait secara sehala lewat tengahari itu tiba-tiba mengingatkan aku akan sesuatu yang telah lama aku tinggalkan. 20 tahun lalu barangkali. Waktu di mana aku sedang mencari-cari apa yang aku suka, apa yang aku rasa sangat senang untuk dilakukan walau pun secara sendirian. Selain daripada memanjat pagar asrama di tengah malam semata-mata untuk menonton wayang dengan teman-teman sekepala.

Hidup di asrama sekolah teknik waktu hujung minggu, tak banyak perkara yang menarik minat aku. Selain daripada tidur, basuh baju sendiri (atau milik senior) atau melayan komik di dorm sebelah.

Sedikit-demi sedikit, aku mula mendapat idea untuk mengumpulkan artikel dari akhbar hari minggu seperti New Sunday Times, Berita Minggu atau Mingguan Malaysia. Waktu tu, bekalan akhbar ke asrama kami adalah secara rutin setiap hari, tak pernah terputus. Tapi sayangnya, kerap kali jugak naskhah akhbar-akhbar tu akhirnya terbiar sampai lewat malam gara-gara ramai penghuni yang outing.

Kebanyakan artikel yang aku minat adalah sajak, cerpen atau rencana pendek pasal perkara-perkara yang baru dan agak informatif pada aku. Dari situ, aku akan potong elok-elok dan aku simpan ke dalam fail. Jumlah yang sempat aku kumpulkan sepanjang menjadi penghuni asrama adalah dua fail dengan satu adalah untuk cerpen dan satu lagi berupa sajak atau artikel bersifat umum.

Entah macamana, tengah malam tu dengan gigih aku selongkar semula gua peribadi aku semata-mata untuk mencari dua fail yang aku maksudkan dalam perbualan kami itu.

Ya, akhirnya jumpa. Dengan keadaan kertas yang dah bertukar kekuningan, harapnya dapat aku kumpulkan kembali semangat untuk membaca dan menulis yang akhir-akhir ini dah terhakis dek kerana kesibukan mengejar dunia dan hobi lain.

Hei buddy, jangan lupa ole-ole dari kota London dan Paris ya...!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. dulu ko tulis cerpen ke botak?

    menariknya.

    bab fly masa teknik, aku selalu buat.

    hri jumaat ptg kot. nk g pasar malam. nk beli roti john.

    huhu.

    welkam to the club kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah cuba tulis tapi bakat tak pergi ke situ.

      haaa, kita dalam kelab yang berbeza sebab aku biasa fly waktu malam. nak makan roti canai atau tengok wayang. kawan aku bapak dia tokey stesen minyak, pernah curi2 bawak henpon besar tapak gajah. call teksi suruh tunggu kat simpang masuk.

      gila rare tak rare kalau nak kabor ke anak cucu cerita ni.

      Delete
    2. huhuhu. try la sekali tulis. tp cerpen dari menerewang patut ada content yg baik.

      ko buat mcm tu kan, aku pulak lepas panjat pagar, tggu bas nak gi pasar malam.

      bukan jalan kaki tau...

      hehehehe, balik pun naik bas.

      zaman dulu otak jenis nak simple jer.

      adeh.

      Delete
    3. Dah try tapi tak boleh blah...

      Dulu kami balik tengok wayang jalan kaki, ronda tengok arpon. Sampai hostel subuh.

      😴

      Delete
  2. aku sekarang baru nak mula apa kau buat. hahaha/ mengumpul bahan bacaan menarik seperti cerpen, puisi atau artikal2 berkaitan sejarah/ hackers. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan, idea yang baik. Kalau elok cara simpan, dah pencen pun boleh baca lagi.

      Delete
  3. Bila ilham datang, aku tulis di mana2 saja hatta kertas ujian atau suratkhabar. Kalau tak tulis, rasa berbuku dalam kepala, macam sembelit yang tak mau putus.
    Tapi, ruginya, kertas itu pun hilang, atau direnyuk, atau ditinggalkan di atas meja makan ...asalkan ia nyah dari kepala, barulah lega....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, aku tau kat mana tempat paling tipikal yang ilham mudah datang untuk umat manusia...

      Delete