Sejarah

6
6:06 PM

Kadang-kadang agak sukar jugak nak buat pilihan, tapi lebih sukar lagi nak terima kenyataan apabila pilihan yang kita yakini betul tu sebenarnya adalah silap sama sekali. Tambahan, kesilapan itu kita tak pernah sedari selama bertahun. Dan kita jalanilah kehidupan itu dengan kepura-puraan tanpa sedar.



Gambar yang aku tangkap lebih kurang jam 11 pagi, sebaik selesai menjalankan tugas. Tak cakap banyak, cuma sempat "say hi" dan bersalaman dengan jiran depan rumah, terus start belalang tempur aku mencari benda yang aku nak sangat masa beratur di tengah panas, sebelum ke dewan pengundian.



Gambar hari ketiga selepas pengundian, aku tak rasa nak cuci dakwat tu hilang dari pandangan macam kawan-kawan aku yang lain. Biarkan, itu adalah satu simbol kebanggan pada aku kerana dah terlibat dalam satu proses yang penting dalam sejarah negara, walau peranan aku ni cuma sekecil plankton di atas kepala ikan paus.

Tak kisah la pihak mana pun yang kita pilih, itu tak penting. Apa yang penting adalah kita dah selesaikan satu tugas besar dalam peratusan kumulatif yang kecil. Tahniah untuk kalian.

Salam...

#Rahsia
Twister oren ni adalah minuman fevret aku, terutama sekali bila Tesco ada buat promosi.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. inai undi di jari ini masih belum hilang.

    uhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. compare dengan orang lain, rasa aku punya terlebih pekat.

      Delete
  2. so, rasanya yang baru ni ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih terlalu awal nak menilai sebab kita masih mempunyai rakyat yang "lama".

      Delete