Hasil Jugra

2
5:36 PM
Bos takde...
Berapa hari?
Tiga hari...
So?
Jom...
Mana?
Jugra...
Bila?
Lepas makan...
Ok, nanti roger.
Cun!

Ngam-ngam pukul 2:30 petang, kami bertiga secara senyap-senyap menyelinap keluar melalui lif utama, turun ke lobi hadapan dan memasuki kereta yang telah sedia menanti di tepi jalan besar. Tiba di lokasi sasaran lebih kurang 30 minit kemudiannya.



Rilek-rilek je, petang hari kerja memang tak ramai orang kot...

Amacam, cun tak? Masih sama macam dulu waktu aku berjaya mendaratkan ikan waktu tengah malam. Dah tiga tahun dulu rupanya kalau ikutkan entri yang INI.

Hujan renyai, mujur tak lebat. Itu pun sekejap je. Tapi still layan...

Tangkapan kedua aku, besar sikit daripada yang pertama. Agaknya dalam 1.2kg kot...

Jumlah hasil terkumpul dengan kaedah pelampung dan casting (aku cast sekejap je, malas!) adalah 5 ekor. Aku bawak balik seekor paling besar dan seekor lagi yang paling kecil. Boleh la balik karang buat masak asam pedas atau tiga rasa.

Agaknya kalau ribut, gelabah jugak masing-masing selamatkan diri ni...

Sekian.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

2 comments:

  1. kenapa orang orang selalu kata, cara belajar sabar ialah dengan memancing? padahal ,pemancing hanya bersabar saat sedang memancing dan diluar selain memancing dia sama , tak punya kesabaran. ahhhaa. tp berbaloi la nak memancing kalau dpt ikan

    ReplyDelete
  2. Hmm, rasanya pendapat tu dimulalan oleh bukan kaki pancing kot. Sebab pemancing ni macam jugak pemandu, apa yang dibuat ketika itu tak menggambar diri sebenar. Contohnya seorang lelaki budiman bila atas jalan raya pun biasa langgar lampu merah.

    Hmm (lagi), berbaloi. Tapi kalau tak dapat, frust jugak esoknya tak boleh nak up diri depan kawan2. 😅

    ReplyDelete