Patah dan Tumbuh

6
11:48 PM
"Yang patah akan tumbuh kembali, dan yang hilang akan berganti"

Hari ini sebenarnya genap empat minggu dua peristiwa yang berlaku serentak dalam tempoh sehari dalam hidup aku. Kedua-duanya memang tidak berkaitan sama sekali tapi selalu membuatkan aku termenung dan terhenti serta teralih fokus buat sementara. Kerana mereka berdua yang telah hilang dan muncul ini adalah orang-orang yang sangat memberikan makna kepada aku.


**********

Beberapa minit sebelum azan subuh berkumandang dari surau... Awal pagi lebih kurang jam 5:10 pagi, 6 April 2019...

"Congratulation encik, congratulation..." kata seorang doktor pelatih lelaki sambil menepuk-nepuk bahu  kiri aku. Aku  cuma tersengih menoleh ke arahnya, mungkin kerana gelagat lembut dan sedikit "akak-akak" walau pun dalam keadaan yang sedikit mencemaskan sejak jam 11 malam sebelumnya.

Aku masih lagi memegang erat tangan dia sejak awal dan melihat dengan mata sendiri bagaimana si kecil yang masih basah diletakkan di atas dadanya.

Alhamdulillah... penantian yang berbaloi setelah merasai kehilangan sedikit masa dulu. Muhammad Khalif, tumbuh bagaikan tunas kecil di antara ribuan pepohon renek dan hamparan rumput di atas padang yang pelbagai sifat dan bentuknya. Namun dia bukanlah pengganti kepada sesiapa, kerana semua kita adalah satu-satunya yang pernah ada.


Hilang

**********

Duduk bersandar di kerusi, mengadap paparan skrin monitor sambil menyemak semula beberapa kerja yang selama beberapa hari tertangguh, tiba-tiba mata aku tertumpu pula kepada satu notiifikasi yang baru muncul di sudut tetingkap whatsapp web. Aku biarkan...

Selang beberapa minit kemudiannya, barulah aku membaca isi pesanan yang tiba, dan...


...seolah-oleh tak percaya dengan apa yang aku baca. Beberapa kali aku ulang baca ayat ringkas tetapi terisi dengan susunan perkataan yang penuh. Aku baca lagi. Kemudian lantas bangun dan meninggalkan meja kerja hingga esoknya barulah aku mempunyai upaya untuk membalas pesanan tersebut.

Kami tiada pertalian keluarga, dan perbezaan umur juga agak ketara. Namun begitu seolah ada satu keserasian antara kami walaupun kebanyakan masa kami banyak berhubung melalui pesanan whatsapp dan panggilan telefon berkenaan kerja. Tetapi, kehilangan dia yang tiba-tiba itu sangat-sangat terkesan dalam hati aku.

Farewell, my brother... Kau yang hilang takkan ada pengganti.

Diwali

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. Nanti...giliran kita pula.
    Dan ada dikalangan mereka nanti merasai kehilangan, seperti itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagai roda, tempat kita akan diisi oleh kelahiran lain tetapi bukan sebagai pengganti.

      Delete
  2. saya juga pernah beberapa kali merasa kehilangan bila seorang demi seorang sahabat pergi lebih dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 mereka yang tak rapat pun kita boleh rasa ketiadaannya

      Delete
  3. Di sebalik keceriaan terselit kesedihan. Apapun kita redha dengan apa yang ditimpa pada kita. Semuanya perancangan dari maha Esa

    ReplyDelete