Pinjam

4
1:28 AM

Aaargh, mana gue punya kad "Sentuh dan Pergi" ni? Senak hulu hati kalau begini, dah tinggal beberapa kilometer lagi nak masuk highway baru terkinja-kinja selongkar sana-sini cari kad keramat tu. Waktu semasa ni, aku cuma ada dua keping je kad "Sentuh dan Pergi" tu. Pertama dalam kereta Cik Puan Chantek yang mana kad tu takde baki langsung, dan kedua dalam kereta yang satu ni (baki kurang singgit). Kedua-duanya aku tak pernah tambah nilai secara langsung di kiosk atau kaunter sejak beberapa lama. Semata-mata mengharapkan baki dari e-Dompet untuk sebarang transaksi di pondok toll.


Tukar arah, teruskan hingga ke stesen Petronas Presint 9. Selesai mengisi minyak, aku membuat belokan semula ke kawasan kedai-kedai berhampiran dengan harapan ada premis yang menjual kad keramat tu memandangkan budak cashier Petronas tu menjawab "takde" bila aku bertanyakan tentang kad "Sentuh dan Pergi".


Hampa, gagal, tiada...


"Mana kad TnGo yang satu lagi"


"Jap, tanya Uda"


"Okok, dah jumpa..."


Entah macamana boleh bertapa pulak natang nipis ni kat dalam kotak sarung tangan sana, bahagian dasar pulak tu. Selalu ada dua tempat je yang aku letak kad "Sentuh dan Pergi" ni. Sama ada kat dalam bekas perehat lengab, atau kompatmen depan pemandu. Jarang betul la ada tangan lain yang berani ubah itu ni.


Aaargh... Terbazir masa aku selama hampir 30 minit. Hadoi la...


*****


Seeloknya, kita perlu praktikkan perkara remeh tapi agak penting ni bila meminjam kenderaan orang lain. Agar kurang menyukarkan pemiliknya setelah dipulangkan kembali kelak. Lebih-lebih lagi kalau pemiliknya sejenis umat yang cerewet (aku tak macam tu haaa). Iaitu...


- mengubah aturan saluran radio mengikut selera sendiri


- menukar waktu pada jam seperti mempercepatkan 5 minit daripada waktu sebenar


- tidak mengubah kedudukan sebarang objek kegunaan harian seperti kad "Sentuh dan Pergi", selipar masjid atau kopiah bacin


- takat minyak pada aras yang lebih kurang sama, nak bodek sikit top up la sesenggat dua


Sekian, assalamu 'alaikum.

*sebenarnya aku ni adalah sejenis yang tak gemar bila barang diusik kedudukan*

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. Sama la aku pun...dah biasa kat tempat biasa, meraba pejam mata pun boleh jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya begitu la kan mereka yang kekurangan penglihatan

      Delete
  2. Ada hikmahnya 30 minit tu dilengahkan..mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, mungkin. macam semalam punya cerita

      Delete