Pinjam

4
1:28 AM

Aaargh, mana gue punya kad "Sentuh dan Pergi" ni? Senak hulu hati kalau begini, dah tinggal beberapa kilometer lagi nak masuk highway baru terkinja-kinja selongkar sana-sini cari kad keramat tu. Waktu semasa ni, aku cuma ada dua keping je kad "Sentuh dan Pergi" tu. Pertama dalam kereta Cik Puan Chantek yang mana kad tu takde baki langsung, dan kedua dalam kereta yang satu ni (baki kurang singgit). Kedua-duanya aku tak pernah tambah nilai secara langsung di kiosk atau kaunter sejak beberapa lama. Semata-mata mengharapkan baki dari e-Dompet untuk sebarang transaksi di pondok toll.

Continue reading →

Hitam Putih 2020

0
11:26 PM

Kurang sejam lagi kita akan tukar kalendar yang baru. Berfikir nak tanam azam apa yang nampak semacam padu sedikit berbanding sebelumnya dan sibuk share ucapan selamat tahun baru sambil selitkan sedikit jenaka atau ingatan berkenaan apa perkara signifikan yang berlaku sepanjang tahun.


Maka dengan ini, aku pun nak kongsi sedikit (tapi lebih kepada nak simpan) kat sini apa yang menjadi obsesi aku dan aku kerap abadikan dalam album Instagram sepanjang tahun.


Susunan tangkap layar yang aku buat ni, memang ngam-ngam mengandungi 156 post, muat dalam 13 tangkap layar. Enjoy!


Continue reading →

Di Tepi Lubang

2
9:15 PM

Terlewat aku, dan mungkin juga antara orang yang paling terkebelakang dalam menerima perkhabaran mengejut ini. Enam jam kemudian, lewat petang.

Menjadi kebiasaan aku untuk abaikan segala pesanan whatsapp di dalam sebarang group kecuali group kami tiga beradik sehinggakan semua group yang aku sertai akan aku senyapkan notifikasi dalam tempoh semaksimum yang mungkin. Namun itulah sedikit harga terbayar yang aku mesti keluarkan, menjadi sekumpulan orang terakhir menerima khabar penting (jika ada) yang jarang-jarang sekali muncul.

Siapa? Betul ke? Amat Keling, pagi tadi. Berkali-kali juga aku skrol ke atas dan ke bawah membaca deretan pesanan teks yang masuk. Satu-persatu.

Continue reading →

Patah dan Tumbuh

8
11:48 PM
"Yang patah akan tumbuh kembali, dan yang hilang akan berganti"

Hari ini sebenarnya genap empat minggu dua peristiwa yang berlaku serentak dalam tempoh sehari dalam hidup aku. Kedua-duanya memang tidak berkaitan sama sekali tapi selalu membuatkan aku termenung dan terhenti serta teralih fokus buat sementara. Kerana mereka berdua yang telah hilang dan muncul ini adalah orang-orang yang sangat memberikan makna kepada aku.

Continue reading →

Sepasang Cinta

5
2:13 PM

Awal pagi, hujan malam masih tersisa.
Jalan basah, dinding bangunan masih dilitupi kelembapan, udara dingin.
Seperti biasa, telah terjanji menjadi rutin harian.
Sepasang Cinta itu berpimpin tangan.
Perlahan membuka langkah, seiringan.
Namun tersekat-sekat dek halangan kudrat usia.

Continue reading →